Alhamdulilah..Allah memberi kesempatan pada saya untuk meng'update' BLOG AMIRUL177 ini..dah lama rasanye tak menaip..
Bersempena dengan bulan Muharram yang penuh dengan keberkatan dari Maha Pencipta..saya ingin berkongsi
sedikit ilmu ataupun sedikit amalan yang boleh dilakukan oleh sahabat Muslimin dan Muslimat saya..bahkan merupakan satu sunnah dari junjung besar kita Nabi Muhammad s.a.w..iaitu berpuasa pada 9 dan 10 Muharram..tarikh 10 Muharram ini juga dikenali sebagai Hari As-Syura..
Bagi mengukuhkan lagi tentang amalan ini saya akan lembarkan beberapa hadith Rasululah yang boleh diikuti...Insyallah..
Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10
Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke
Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu
Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang
baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil
daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: “Aku
lebih berhak dengan Musa daripada kamu,” maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh
orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)
A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan
supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa
Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh
berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak
berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di
zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa
pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa
pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan
puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda:
“Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu
berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada
hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari
‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa
Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka
kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah
satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang
disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim
(wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).
Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Dalam riwayat yang lain
pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi
keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang
disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari
‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah
SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain
kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari
kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”.
(Riwayat Imam Muslim)
Puasa Tasu’a (hari ke-9
Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a
berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda
turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai
Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi
dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika
diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9″. Ibn Abbas berkata: Tidak
sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat
Imam Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a
berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Sekiranya aku masih hidup
hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9″. (Riwayat
Muslim).
Imam al-Nawawi (wafat
676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam
al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain
bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9
dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat
untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung
lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan
berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan
amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh
Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4,
hal. 254).
Justeru, marilah kita
merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan
kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah
SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW
bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat
fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas
puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram”.
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).
Insyallah sahabat dapat
kongsikan ilmu ini kepada sahabat kita yang lain...semoga hidup kita memperoleh
keberkatan dari Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...AMIN..





